24.5.13

Pria Malam

Setiap malam. Dalam satu minggu, dia selalu bersedia.

Mungkin malam ini, atau malam esok pria akan datang menjenguk.

Siang hari, diselesaikan semua urusan...
Baju dibasuh dan dijemur di ampaian,
Rumah dikemas, habuk dibersihkan,
Masak untuk seorang, kadang-kadang terus dibuang,
Bilik harum, katil dirapikan...

Bila malam, dia kaku di sudut
Berharap pria akan datang menjenguk.

Perempuan gersang

Aku tidak mahu apa-apa
Aku cume berharap...
Dia mencintai aku seadanya

-perempuan gersang-

8.3.11

Cinta Monyet

...
Baju sekolah, beg sandang hitam tertulis converse berwarna putih
Kasut hitam jenama Airwalk
Rambut disikat ala kadar dengan seluar hijau ngam-ngam dipakai sedikit labuh menyapu tanah
Jalan mendongak angkuh ke langit sesekali ditegur mesra, terus kalah tunduk ke tanah...

Dia berjalan kadang-kadang tidak berkawan
Cuma berteman sekotak kretek dunhill merah

Surat kecil
Sampul Wangi
Coklat Kit Kat
Buku Nota
Bunga orkid
Salam tidak bersentuh

Semua itu dia dapat tanpa diminta. Sedang dia bergelak tawa, sedang dia berjenaka nakal dan tegar pada prinsip tidak mengutamakan perasaan perempuan. Satu mata terlalu menggilai dia... melihat dia dari jauh tanpa sepatah bicara.

Dia tidak sedar bertahun lamanya... sampai waktu dia terdetik mahu tahu.

.......

11.1.11

AKU MIMPI SAMPAI SANA...

Hari ni dia pulang, dan katanya akan temankan aku sehingga minggu hadapan. Dia janji, kali ni dia tetap di rumah, telefon akan mati, komputer takkan hidup. Aku tunggu macam menanti matahari untuk timbul waktu musim tengkujuh... aku menanti sehingga tidak senang duduk dan berdiri. Mundar mandir aku dari bilik tidur ke ruang tamu, sesekali menjenguk ke tingkap, melihat kalau-kalau kelibat keretanya masuk ke perkarangan laman rumah.

Lagi 5 minit ke pukul 9 malam. dia sampai ke rumah. Masih berkot hitam dan membimbit briefcase hitam, sambil di tangan membawa dua plastik bungkusan makanan yang dipesan. Nasi goreng paprik daging beserta laicikang panas. Sebaik saja dia menguak pintu, aku sambut dengan salam dan muka sedikit masam...

"Sory lah sayang, meeting habis lambat, lepas tu Dato nak juga i join diorang makan. but i manage to escape!", dan terus mencium dahi aku. Belum sempat dia menyalin baju, makanan yang dibungkus tadi dihidangkan dan terus disajikan kepada aku. Aku makan di meja makan, sambil dia bersiap-siap mandi dan kami berbual dengan cara menjerit-jerit dari satu bilik ke ruangan rumah yang lain. Perkara biasa jadi bila dia lewat sampai ke rumah, mandi pun sudah biasa pintu bilik tidak ditutup. Derasan air jelas kedengaran dari ruangan makan.

"Sedap tak?" dia bertanya bila nampak aku selesai habiskan sepinggan nasi tadi.
"sedap, tapi kurang pedas. kat mana you beli?"
"dekat dengan ofis i je", dia senyum dan duduk di sebelah aku.

"esok petang, jadi kan?"
"Jadi... mesti jadi punya!" sambil memeluk aku erat.
"Berapa lama you ambik cuti?"
"As promised... 7 days!"
"Cool! So sampai sana nanti, i dah cakap dengan wazir, mesti jadi tourist guide kita!"
"Ok sayang!"

Aku bercakap setiap perincian perancangan perjalanan kami daripada mula ke lapangan terbang, sehingga penerbangan kembali semula ke kuala lumpur. Aku pastikan dia takkan ubah semua perancangan... walaupun untuk last minute changes. Dia mengiyakan setiap permintaan aku dengan kucupan ke bibir.

"Janji tau! takda tukar-tukar lagi"
"Yep, janji!"

Waktu malam tu, bagaikan terlalu panjang. Cuaca sejuk dengan rintikan hujan di beranda bilik buatkan aku tidak mahu lekang daripada pelukannya. Terasa pelukan dia juga semakin erat.

Satu SMS masuk:

"Rafael, can you submit the report early in the morning tomorrow, i need it for a meeting with Dato Munir"

"Sayang, flight kita esok petang kan?"

Aku tengok muka dia dan aku nampak akan bakal berlaku satu kekecewaan

"Ya!"
"Ok sempat ni...". Dia bingkas bangun menyarung baju dan terus ke meja untuk mulakan kerja.

"Bila you nak habis dealing with those datuk...? office hours tak cukup lagi ke?"
"Sayang, janganlah cakap macam tu, sikit jek ni, you go to sleep, will come to you in a minute ok?"

....

Jam 3:45 petang, dia masih belum sampai ke rumah. Aku menunggu di ruang tamu dan semua beg tersusun elok di pintu rumah, tinggal untuk di bawa masuk ke taxi dan tinggal terus bergerak.

Satu Panggilan masuk:

"Sayang, i have changed our flight to 9pm... so sorry dear, kali ni betul. once settled with Datuk, i come home, and were going straight to airport ok?"
"tukar lagi?"
"Sorry.. this one is the last one... promised ok!"
"Tak payahlah, i dah hilang mood... you proceed lah with datuk-datuk tu!"
"Sayang... please, jang...."

Panggilan Mati...

1.1.11

Ikhlas ke?

Sorry, dcharmed. Off topic. Hutang 1 ;)

Bagaimana hendak menilai keikhlasan? Bukankah ikhlas itu sifatnya sangat peribadi, antara kita dengan tuhan sahaja yang benar-benar tahu hujung pangkalnya. Jadi mengapa banyak orang suka mempertikaikan keikhlasan orang lain?

Menilai keikhlasan itu bukannya boleh dibuat oleh sebarang orang. Telah diumpamakan bahawa mencari keikhlasan itu seperti mencari seekor semut hitam yang kecil diatas sebuah batu yang besar pada waktu malam yang gelap. Bukankah agak mustahil pencarian ini?

Saya panas hati ada orang serkap jarang keikhlasan orang lain apabila berlaku peristiwa yang buruk atau pun tidak elok.

"Mesti tak ikhlas masak ni, sebab tu tak sedap!"
"Mesti tak ikhlas belajar ni, sebab tu tak pandai!"
"Mesti tak ikhlas bercinta ni, sebab tu putus tengah jalan!"
"Mesti tak ikhlas mengajar ni, sebab tu budak-budak sekarang kurang ajar!"

Ohh, yang akhir sekali ni buat saya sentap habis.

Kalau kurang ajar, mesti salahkan cikgu tak cukup mengajar. Jarang sangat orang menyalahkan ibu bapa yang membesarkan anak itu. Kalau benar-benar mahu meletakkan kesalahan pada 'keikhlasan', maka silalah salahkan ibubapa yang membuat anak, mungkinkah salah seorang tidak ikhlas semasa proses itu berlaku? Atau pun salahkan doktor yang menyambut kelahiran anak, mungkinkah tidak ikhlas semasa menyambut kelahiran? Eh, alang-alang mahu mempersoalkan keikhlasan, bolehlah salahkan petani yang menanam padi, mungkinkah tidak ikhlas menanam padi lalu beras tidak ikhlas dimakan oleh anak-anak maka terhasillah generasi tidak ikhlas?


Nah, jadilah rantaian mengungkit keikhlasan yang tak berpenghujung. Umpama konflik telur ayam dan ayam.


Jadilah kita bangsa yang selamanya suka menyalahkan keikhlasan orang lain demi menutup kesilapan diri sendiri.

26.12.10

TEKNIK PEMAHAMAN MELAMPAUI ZAMAN

3 hari 2 malam aku termenung memikirkan tentang perihal kemerosotan intelektual pelajar di kawasan-kawasan luar bandar. Aku melihat dari segala perspektif berbeza, daripada tekanan hidup dan pergaulan sosial, daripada keperluan kalori mengikut metabolisme badan mereka mengikut kadar tumbesaran umur, dari segi kemahiran berkomunikasi dan menafsir, dari segi pemahaman secara holistik dan juga dari segi penyampaian dakwah dan idealogi yang dibawa oleh guru masing-masing. Aku cuba membuat analisa ringkas dengan cara yang paling mudah... Cuba untuk mencuba mendapatkan pendapat bersama kelompok yang lain; Tapi payah... sebab aku sukar untuk berbual dan berdiskusi isu kritikal bersama teman-teman lain yang lebih jelas senang berbual tentang hiburan dan teknologi terkini.

Aku menanda kertas peperiksaan sambil menggeleng-gelengkan kepala apabila jawapan yang memenuhi ruang kosong itu lebih baik sahaja tidak dituliskan di situ, lebih mudah untuk aku berikan nilai 0 daripada aku menghabiskan bacaan dan akhirnya tetap memberikan nilai 0. Apalah yang silap pada pengajaran di sekolah, adakah silibus subjek yang diajar terlalu berat hingga tidak terbawa dek akal mereka? Adakah misi untuk melahirkan yang intelektual itu cuma boleh direalisasikan di sekolah-sekolah berasrama penuh sahaja dan tidak di kalangan mereka-mereka yang bersekolah di kawasan pendalaman pedalaman?

Ada sebilangan mereka yang bijak, yang mampu mengendong markah melebihi purata lulus yang ditetapkan, tapi mereka yang dikategorikan sebagai sepecial itu cuma ada dalam beberapa bilangan kelompok sahaja? Selebihnya?

Aku teruskan menanda... sambil sesekali menghirup kopi panas dan ditemani dengan lagu-lagu lama era 50-an dari corong radio klasik. Aku cuba untuk tidak menyelitkan kata-kata kesalan secara makian...

Soalan ke 5(a) : apakah pemerhatian anda terhadap graf bacaan suhu di atas?
Jawapan budak yang sorang ini : Setiap graf perlu ada nombor, garisan dan anak panah.

Manalah silap teknik pengajaran zaman sekarang ni?! Apa yang silap?

3.12.10

JAGA DIRI HIASI PERIBADI

Aku pernah dengar satu statement "orang yang pakai tudung tu belum tentu habis alim, orang yang free hair tu sebenarnya lagi baik daripada yang bertudung litup".

Bukan ke bertudung tu kehakikiannya untuk menutup salah satu bahagian aurat? Kalau free hair tu, kira nya apa hakikinya?

Zaman sekarang tudung itu adalah fesyen!
Apa-apa kita buat yang penting kepala mesti tutup! Kasi lilit-lilit, pasang sanggul tu kasi tinggi-tinggi, kalau ade jurai-jurai manik senang sikit tudung nak terletak elok.
Tudung Ariani mahal-mahal pun takpa, tu semua sebagai pelaburan untuk masuk syurga (adalah orang yang kata)

Sekarang kena gaya ala-ala Yuna, barulah nampak wanita Urban!
Nak nampak comel dan menawan dan masih menitikberatkan ciri-ciri keislaman, takpa kalau pakai tights sekali-sekala, asalakan rambut kasi cover.
Kena style pakai jacket ber-hood barulah cool!
Barulah selari dengan pembangunan industri muzik Malaysia!


Kadang-kadang aku menyesal... mana silap aku boleh terpengaruh dengan budaya genre fesyen kontemporari di majalah/tv/internet dan paling tak masuk dek akal, aku boleh terpengaruh dengan gaya penampilan si patung plastik yang terang-terangan tidak berpijak di bumi nyata. Terliur dengan penampilan yang kadang-kadang tidak sesuai dengan musim-musim di Malaysia, aku jadi tegar untuk mencuba.

Terlalu mahu mencuba sehingga terlupa kadang-kala kita memimpin diri untuk masuk ke kehidupan orang lain, just for the sake of, kita nak juga jadi Cool macam diorang. Nak dengar orang puji "you are so gergeous!" dan terpilih untuk disenaraikan dalam kotak kotak gambar yang disusun secara horizontal dalam laman LookBook atau lain-lain web fashion inspiration di alam maya.

Betullah kata orang, kematangan berfikiran dan penampilan diri sebenarnya yang menampakkan buruk-elok peribadi seseorang! Kalau muka orang kata Handsome je ala-ala adi putra tapi pakai baju macam mat-pit tak mandi 10 hari, orang nak tanya direction ke Jalan Tar pun cuak nak tegur. Dan kalau perangai sopan santun jalan kaki elok bersilang tidak terlaga, tapi pakai baju nampak bra berwarna merah cover separuh tetek, mak cik kiah jual goreng pisang pun tak sanggup nak tanya "anak siapa tu?!"

Back to the root "don't judge a book by it's cover"!?