26.12.10

TEKNIK PEMAHAMAN MELAMPAUI ZAMAN

3 hari 2 malam aku termenung memikirkan tentang perihal kemerosotan intelektual pelajar di kawasan-kawasan luar bandar. Aku melihat dari segala perspektif berbeza, daripada tekanan hidup dan pergaulan sosial, daripada keperluan kalori mengikut metabolisme badan mereka mengikut kadar tumbesaran umur, dari segi kemahiran berkomunikasi dan menafsir, dari segi pemahaman secara holistik dan juga dari segi penyampaian dakwah dan idealogi yang dibawa oleh guru masing-masing. Aku cuba membuat analisa ringkas dengan cara yang paling mudah... Cuba untuk mencuba mendapatkan pendapat bersama kelompok yang lain; Tapi payah... sebab aku sukar untuk berbual dan berdiskusi isu kritikal bersama teman-teman lain yang lebih jelas senang berbual tentang hiburan dan teknologi terkini.

Aku menanda kertas peperiksaan sambil menggeleng-gelengkan kepala apabila jawapan yang memenuhi ruang kosong itu lebih baik sahaja tidak dituliskan di situ, lebih mudah untuk aku berikan nilai 0 daripada aku menghabiskan bacaan dan akhirnya tetap memberikan nilai 0. Apalah yang silap pada pengajaran di sekolah, adakah silibus subjek yang diajar terlalu berat hingga tidak terbawa dek akal mereka? Adakah misi untuk melahirkan yang intelektual itu cuma boleh direalisasikan di sekolah-sekolah berasrama penuh sahaja dan tidak di kalangan mereka-mereka yang bersekolah di kawasan pendalaman pedalaman?

Ada sebilangan mereka yang bijak, yang mampu mengendong markah melebihi purata lulus yang ditetapkan, tapi mereka yang dikategorikan sebagai sepecial itu cuma ada dalam beberapa bilangan kelompok sahaja? Selebihnya?

Aku teruskan menanda... sambil sesekali menghirup kopi panas dan ditemani dengan lagu-lagu lama era 50-an dari corong radio klasik. Aku cuba untuk tidak menyelitkan kata-kata kesalan secara makian...

Soalan ke 5(a) : apakah pemerhatian anda terhadap graf bacaan suhu di atas?
Jawapan budak yang sorang ini : Setiap graf perlu ada nombor, garisan dan anak panah.

Manalah silap teknik pengajaran zaman sekarang ni?! Apa yang silap?

3.12.10

JAGA DIRI HIASI PERIBADI

Aku pernah dengar satu statement "orang yang pakai tudung tu belum tentu habis alim, orang yang free hair tu sebenarnya lagi baik daripada yang bertudung litup".

Bukan ke bertudung tu kehakikiannya untuk menutup salah satu bahagian aurat? Kalau free hair tu, kira nya apa hakikinya?

Zaman sekarang tudung itu adalah fesyen!
Apa-apa kita buat yang penting kepala mesti tutup! Kasi lilit-lilit, pasang sanggul tu kasi tinggi-tinggi, kalau ade jurai-jurai manik senang sikit tudung nak terletak elok.
Tudung Ariani mahal-mahal pun takpa, tu semua sebagai pelaburan untuk masuk syurga (adalah orang yang kata)

Sekarang kena gaya ala-ala Yuna, barulah nampak wanita Urban!
Nak nampak comel dan menawan dan masih menitikberatkan ciri-ciri keislaman, takpa kalau pakai tights sekali-sekala, asalakan rambut kasi cover.
Kena style pakai jacket ber-hood barulah cool!
Barulah selari dengan pembangunan industri muzik Malaysia!


Kadang-kadang aku menyesal... mana silap aku boleh terpengaruh dengan budaya genre fesyen kontemporari di majalah/tv/internet dan paling tak masuk dek akal, aku boleh terpengaruh dengan gaya penampilan si patung plastik yang terang-terangan tidak berpijak di bumi nyata. Terliur dengan penampilan yang kadang-kadang tidak sesuai dengan musim-musim di Malaysia, aku jadi tegar untuk mencuba.

Terlalu mahu mencuba sehingga terlupa kadang-kala kita memimpin diri untuk masuk ke kehidupan orang lain, just for the sake of, kita nak juga jadi Cool macam diorang. Nak dengar orang puji "you are so gergeous!" dan terpilih untuk disenaraikan dalam kotak kotak gambar yang disusun secara horizontal dalam laman LookBook atau lain-lain web fashion inspiration di alam maya.

Betullah kata orang, kematangan berfikiran dan penampilan diri sebenarnya yang menampakkan buruk-elok peribadi seseorang! Kalau muka orang kata Handsome je ala-ala adi putra tapi pakai baju macam mat-pit tak mandi 10 hari, orang nak tanya direction ke Jalan Tar pun cuak nak tegur. Dan kalau perangai sopan santun jalan kaki elok bersilang tidak terlaga, tapi pakai baju nampak bra berwarna merah cover separuh tetek, mak cik kiah jual goreng pisang pun tak sanggup nak tanya "anak siapa tu?!"

Back to the root "don't judge a book by it's cover"!?

Essential Beauty


Bagaimana kita mentafsir kecantikan? Benarkah kecantikan itu patut dilihat dari dalam (hati)? Bagaimana nak melihat ke dalam hati? Bukankah kecantikan itu kita sendiri yang menilai? Saya berpendapat, cantik itu tak terletak pada mulut orang lain. Cantik itu kita sendiri yang merasa.

Saya teringat kisah 'kecantikan' di kawasan kejiranan rumah saya pada hari raya lalu. Seorang kakak beranak empat yang bertubuh chubby ditegur oleh makcik-makcik pada hari raya tahun lepas,

"Amboi...gemuknya sekarang..Senang hati sangat ke?"
"Hari tu balik tak gemuk macam ni.."

Dan semua pertanyaan makcik-makcik adalah berkisar kepada kegemukan kakak itu sahaja. Kakak itu pun tidaklah berapa gemuk pada pandangan mata saya. Gemuknya elok-elok sahaja dengan ketinggian dia yang macam model.

Mungkin kerana stress, dan mahu membuktikan dia tidak gemuk, maka hari raya tahun ini dia pulang dengan imej baharu. Imej tafsiran kecantikan bagi banyak orang di Malaysia; kurus keding!

"Eh, kurusnya..! Dulu lagi cantik."
"Kurus sangatlah..pipi nampak cengkung."

Saya nampak riak wajah hampa kakak beranak empat itu. Susah payah dia menguruskan badan dengan rejim kecantikan Jus 2 Alam, mulut makcik-makcik masih tak memuji cantik! Lemak-lemak yang membalut tubuhnya sebelum inilah yang sebenarnya cantik. Sekarang yang tinggal cuma isi dan tulang yang lagi ramai orang bercakap, nampak tualah!

Jadi sekarang dilema kakak itu sudah bertambah. Mahu kurus/gemuk? Atau mahu nampak tua? :)

Maka, benarlah cantik itu biar kita sendiri sahaja yang mentafsir. Cantik pada orang belum tentu lagi cantik pada mata kita. Cantik kita belum pasti lagi cantik pada mata orang. Kalau mahu dengar cakap orang jadilah kita tak cantik, tak berpendirian dan tak ada keyakinan diri.


Suka saya memetik kata-kata Plato; yang baik itulah cantik.

p/s:
Saya melihat banyak lambakan iklan membesarkan buah dada sejak akhir-akhir ini. Adakah sudah bertambah definisi kecantikan bagi perempuan Malaysia: 1. kurus keding 2. putih melepak 3. buah dada besar? :)