Aku menanda kertas peperiksaan sambil menggeleng-gelengkan kepala apabila jawapan yang memenuhi ruang kosong itu lebih baik sahaja tidak dituliskan di situ, lebih mudah untuk aku berikan nilai 0 daripada aku menghabiskan bacaan dan akhirnya tetap memberikan nilai 0. Apalah yang silap pada pengajaran di sekolah, adakah silibus subjek yang diajar terlalu berat hingga tidak terbawa dek akal mereka? Adakah misi untuk melahirkan yang intelektual itu cuma boleh direalisasikan di sekolah-sekolah berasrama penuh sahaja dan tidak di kalangan mereka-mereka yang bersekolah di kawasan
Ada sebilangan mereka yang bijak, yang mampu mengendong markah melebihi purata lulus yang ditetapkan, tapi mereka yang dikategorikan sebagai sepecial itu cuma ada dalam beberapa bilangan kelompok sahaja? Selebihnya?
Aku teruskan menanda... sambil sesekali menghirup kopi panas dan ditemani dengan lagu-lagu lama era 50-an dari corong radio klasik. Aku cuba untuk tidak menyelitkan kata-kata kesalan secara makian...
Soalan ke 5(a) : apakah pemerhatian anda terhadap graf bacaan suhu di atas?
Jawapan budak yang sorang ini : Setiap graf perlu ada nombor, garisan dan anak panah.
Manalah silap teknik pengajaran zaman sekarang ni?! Apa yang silap?