3.12.10

JAGA DIRI HIASI PERIBADI

Aku pernah dengar satu statement "orang yang pakai tudung tu belum tentu habis alim, orang yang free hair tu sebenarnya lagi baik daripada yang bertudung litup".

Bukan ke bertudung tu kehakikiannya untuk menutup salah satu bahagian aurat? Kalau free hair tu, kira nya apa hakikinya?

Zaman sekarang tudung itu adalah fesyen!
Apa-apa kita buat yang penting kepala mesti tutup! Kasi lilit-lilit, pasang sanggul tu kasi tinggi-tinggi, kalau ade jurai-jurai manik senang sikit tudung nak terletak elok.
Tudung Ariani mahal-mahal pun takpa, tu semua sebagai pelaburan untuk masuk syurga (adalah orang yang kata)

Sekarang kena gaya ala-ala Yuna, barulah nampak wanita Urban!
Nak nampak comel dan menawan dan masih menitikberatkan ciri-ciri keislaman, takpa kalau pakai tights sekali-sekala, asalakan rambut kasi cover.
Kena style pakai jacket ber-hood barulah cool!
Barulah selari dengan pembangunan industri muzik Malaysia!


Kadang-kadang aku menyesal... mana silap aku boleh terpengaruh dengan budaya genre fesyen kontemporari di majalah/tv/internet dan paling tak masuk dek akal, aku boleh terpengaruh dengan gaya penampilan si patung plastik yang terang-terangan tidak berpijak di bumi nyata. Terliur dengan penampilan yang kadang-kadang tidak sesuai dengan musim-musim di Malaysia, aku jadi tegar untuk mencuba.

Terlalu mahu mencuba sehingga terlupa kadang-kala kita memimpin diri untuk masuk ke kehidupan orang lain, just for the sake of, kita nak juga jadi Cool macam diorang. Nak dengar orang puji "you are so gergeous!" dan terpilih untuk disenaraikan dalam kotak kotak gambar yang disusun secara horizontal dalam laman LookBook atau lain-lain web fashion inspiration di alam maya.

Betullah kata orang, kematangan berfikiran dan penampilan diri sebenarnya yang menampakkan buruk-elok peribadi seseorang! Kalau muka orang kata Handsome je ala-ala adi putra tapi pakai baju macam mat-pit tak mandi 10 hari, orang nak tanya direction ke Jalan Tar pun cuak nak tegur. Dan kalau perangai sopan santun jalan kaki elok bersilang tidak terlaga, tapi pakai baju nampak bra berwarna merah cover separuh tetek, mak cik kiah jual goreng pisang pun tak sanggup nak tanya "anak siapa tu?!"

Back to the root "don't judge a book by it's cover"!?

3 comments:

  1. tudung ala yuna tu namanya tudung indie. ada student bg tau ;))

    ReplyDelete
  2. sampaikan skrg bila aku cuba menggayakan selendang sebagai tudung, aku rasa serba salah, ada suara berani cap sebagai pengikut fanatik Yuna! Demn it!

    ReplyDelete
  3. tudung tu pada kita, bukan hanya untuk tutup kepala,leher,dada semata.tapi tudung tu buat kita ingat siapa kita.halang kita buat benda pelik-pelik. biasa la kita kan manusia selalu terlupa.kena selalu di ingatkan
    lagi pon mana ada orang pakai tudung masuk disco.betul tak?

    wow cik-gie ni memang ikut fesyen ye.
    anyway tak salah mencuba,asal tahu batasnya =]=]

    ReplyDelete